@ Dashboard | + Follow
Life is beautiful
Blog Tiera: January 2015

Sunday, 11 January 2015

21

Assalamualaikum. Haa buat apa tu? Actually, I promised myself that I'll update my blog when I've done my final exam. Ouh ya I promised myself, as soon as possible ok. Now I have time to spend for my blog. 

Masa dah ada, so whats up babe? Kita nak crita pasal apa ni?? Apa 21 tu? Since, I'm not that kind of people who have a diary so I think blog is my choice to record my journey of life. Mana lah tahu, nanti boleh lah cerita dgn anak cucu sndiri "nak tao sjrh nenek dulu cmne, hang pi la google type nama blog nenek, rajin tao nenek potpetpotpet cerita pasal sejarah hidup sndiri" *sambil tersengih2. Kau ada? Kau ada berangan macam aku? Kalau ada kita geng! Kalau tak ada, its okay takpe duduk diam2.

I want to write them so I can look back on this blog 10 or maybe 20 years to this day i was doing. In shaa Allah jika masih dipanjangkan umur. Mudah mudahan.

Umur aku dah mencecah 21 rupanya. Pernah dengar tak jika kita bersyukur dalam hidup kita, kita akan merasa kebahagiaan itu sendiri. Lets take a moment to say Alhamdulillah for everything that we have. Tu lah berkait dengan tajuk kat atas tu. hee. Nak throwback cerita lama ni, aku start dalam dunia blogging ni dari zaman sekolah lagi. Zaman2 muda gila, mentah ntah lah zaman otak tak fikir panjang. Senang cerita lah kan zaman tak matang. So athirah? Nak cakap yang kau da matang lah skrg ni? Hm, haha ok, 2015 ni dengan umur yang mencecah 21 tahun sekarang ni aku rasa cukup untuk aku memasuki fasa matang. I can feel it. Ok itu tak lah berapa sadis mana, lagi sadis bila orang teka umur aku msti 23 tahun. Haha takpe lah cik akak redha. 

Lupakan, harini aku nak membebel puas puas dekat blog. Haaa amikkkkkauuuu lama cik tiera tak mengeluarkan buah fikiran plus idea yang bernas kt blog ni *bernas lah sgt blog ni selama ni. Ok kenapa dan mengapa beza pemikiran dulu dengan sekarang. Kalau ikut esei, hm pengaruh rakan sebaya dan faktor persekitaran. Atau dengan kata lain, dunia sekarang hanya di hujung jari. Kelas uols.
Haha kalau tak percaya tengok budak2 skrg masih tadika da rajin update facebook kehulu kehilir. Advance. Update ntah hape hape. Bezanya zaman muda kau facebook tak wujud lagi. Kalau tak, kau rasa? Lepas tu kau berjemaah wahai si keyboard warrior pergi bash budak tu ramai2. Ada caranya yang berhemah bukan bermaksud tak perlu ditegur langsung. Salah konsepnya di situ. Bila nak ditegur dengan orang yang umurnya sama juga tak semudah itu. Islam itu mudah tapi jangan dipermudah. Pendekatan2 yang berhemah ni semuanya ada dalam Islam. Let make others respect on Islam. Let us (Muslim) spread love and humanity. In shaa Allah.

Sungguh kita manusia yang tak sempurna. As I am writing here, I also remind to myself. Aku sedar diri serba serbi banyak kurang. Tapi jangan lah diri sendiri pergi bukak aib sendiri. Guna konsep 3S. Sebelum, Semasa, Selepas. Sebelum buat sesuatu tu fikir dulu masak2. Banyak kesan boleh jadi disebabkan tindakan kita tu. So, fikir masak2 untuk segala tindak tanduk perbuatan yang kita lakukan. Conclusion yang boleh kita dapati di sini ye sahabatku sekalian, didikan agama itu penting. Nak sentuh pasal topik ni, aku bukanlah orang yang sesuai untuk mengulas panjang isu yg dibangkitkan. Cukup rasanya, entri blog aku selepas ini ada diselitkan unsur nasihat dan motivasi. Untung2 orang baca, dapat ilmu, dapat juga pahala kan :) In shaa Allah. Aku cuba.

2014 sudah pun melabuhkan tirainya, saudara seagama kita di Palestin nasibnya masih ditindas Israel. Muslims are not terrorists. Negara kita pula diuji dengan misteri kehilangan pesawat MH370, nahas pesawat MH17, juga banjir besar melanda Pantai Timur. Ujian untuk kita muhasabah balik segala kekurangan yang telah kita lakukan. Ok itu kisah 2014. Kita berdoa mudah mudahan kita mampu mengharungi segala rintangan dan cabaran yang mendatang dengan istiqamah untuk tahun 2015 ini.

Untuk diri aku sendiri syukur alhamdulillah untuk segala yang berlaku sepanjang 2014. Untuk orang perseorangan yang hadir satu persatu menghiasi hidup ini "We met for a reason, either you're blessing or a lesson". Segala yang berlaku hanya Allah yang Maha Mengetahui dan hanya Allah jualah yang mampu membalas budi baik dan jasa sahabat sekalian.

Antara pengalaman dan penglibatan di universiti. Syukur alhamdulillah :)


Throwback Annual Grand Dinner Kelab Sahabat Satu Malaysia UTHM. Sungguh, pengalaman tidak akan dapat dibeli mahupun dengan wang ringgit.


Mantan Setiausaha Kerja Kelab Sahabat Satu Malaysia UTHM Sesi 2013/2014.



Mantan Timbalan Pengerusi II Jabatan Kelab Persatuan dan Sekretariat 
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Sesi 2014/2015.


Till we meet again. Diharapkan diriku yang tak berapa nak rajin ni akan rajin lah update blog lepas ni. heeeee. Hope so. Jumpa lagi di entri yang akan datang. So dengan umur pon yang dah meningkat ni, blog ni pon da direnovate. Entri2 lama banyak dah dibuang. Nampak sangat zaman kebudak budakannya dulu. Aku dengan pemikiran budak sekolah. Kau rasa? Sama2 korang bagi aku kekuatan kita sama2 berubah to be a better person ok ^_^
Wallahu a'alam. Wassalam.


Thanks for reading :) Silalah LIKE and COMMENT