@ Dashboard | + Follow
Life is beautiful
Blog Tiera: January 2016

Saturday, 9 January 2016

Exploring Perth

Lokasi : Perth, Western Australia

Syukur alhamdulillah, diberi kesempatan buat diri ini untuk bernafas lagi di bumi Allah yang luas ini. Eh apa tetiba Perth ni? Hee alhamdulillah tahun 2015 antara tahun yang manis sekali antaranya dapat bercuti di Perth. Yup Perth adalah destinasi pilihan tiera dan kawan2. Seronoknya di sini pengalaman tu sangat berharga buat aku. Antara pengalaman yang banyak mengajar aku erti hidup dekat negara orang. Ye lah bukan selalu dapat pergi negara orang WALAUPUN merantau kejap :P hahahaha. Actually aku bukanlah seorang pemerhati yang peka tapi bila berjalan automatically aku akan peka untuk menghargai segala benda di sekeliling setiap masa.

Perth dari sudut pemerhatian aku merupakan sebuah kota yang tenang. Sesuai untuk kehidupan berkeluarga. Rumah mereka kebanyakkannya besar dan rumah paling biasa pon mesti rumahnya sebuah dan saiznya masih sederhana besar. Kedai-kedai berdekatan pon tutup dalam area pukul 9.00pm. Bukanlah macam kota sesak yang penuh dengan hiburan di merata jalan. Yeah kalau mereka nak berhibur pon dorang pergi lah ke kelab or casino dorang. Environment sepanjang jalan dia yang nyaman dan tenang. Dah lah masa kitaorang pergi tu tengah musim sejuk hahahahahahaha memang nyaman sangat. I LIKE WINTER cuma takde salji la. BETUL BETUL MEREHATKAN MINDA. BETUL BETUL TINGGALKAN SEGALA KERJA KAT MALAYSIA. hahahahaha *balik Malaysia sambung kerja yang bertimbun.

Sebelum tu, lupa nak ingatkan, Australia ni strict sikit kalau kita nak masuk. Dia akan bagi Arrival Form kat situ kita declare lah yang kita bawak apa, jangan tipu2 sesungguhnya tipu itu berdosa. Hahaha sebab apa kalau tak declare barang yang kita bawak then sorry you have to deal with it. Haa kalau tak habis lah kena soal siasat tak pon barang tersebut akan ke tong sampah. Haa sedih kan. So declare kalau dia tanya apa2 jawab je. Dorang peramah banyak interaksi dengan kita. Bersiap sedia juga sebab bag korang akan dihidu oleh anjing polis. In shaa Allah takde pape, asalkan jangan bawa barang terlarang ye. Passport dan visa tu jaga elok-elok ingat kita dekat negara orang.

Sepanjang di Perth, kitaorang beli simkad Vodafone. Jangan lah semua pegi beli. Sorang beli lepastu tethering lah, you know what mobile hotspot kan ado ^^ Boleh tethering dalam 3 orang cmtu ikut pakej dia. So bila ada internet ni senang. We can get all the information from the internet, just use it wisely my dear. Jalan-jalan sekitar Perth City pulak memang terbaik sepanjang jalan tu ada wifi so boleh off data ;D Lepastu jalan kat Perth City, jangan lupa naik bus free dah save budget kat situ ok. Bus that called CATS (Central Area Transport Service). Ada RED CAT dengan BLUE CAT. Pergi tempat orang ni kita kena rajin buat survey. Search all the information that you need. 

In shaa Allah segala urusan anda especially kita yang Muslim ni pabila merantau ke tempat orang dah tahu apa yang kita nak buat. Banyak immigrant yang aku jumpa mostly mereka memang menetap bersama keluarga dan bekerja di Perth. Jalan- jalan sikit eh jumpa orang Malaysia, Singapore, Indonesia. Jumpa dorang kat airport, jumpa dekat kedai serbaneka, jumpa masa shopping. Haaaa lepastu jangan main-main masa kitaorang kat university siap jumpa ada mat salleh ni cakap "I can speak bahasa ok :P hahaha". Tergelak terdiam kitaorg. kekekeke. Banyaklah yang aku jumpa peramah boleh borak2 sambil tengah shopping tu tapi haaa jangan pulak korg naik angin dekat sesetengah orang yang buat muka marah/benci dekat korg. Remember we're Muslim. Ada sesetengah tu dia tak pernah dekat pon dengan orang Islam, dia ingat semua pengganas. We need to show them our best side. Islam is a religion of peace and love. Kita senyum je cakap baik-baik biasa la tu. 

Antara tempat menarik yang kitaorang pergi :
- The University of Western Australia
- Caversham Wildlife Park
- Fremantle 
- Perth City
- Blue Boat House, Swan River
- Cottesloe Beach
- Hillary's Boat Harbour
- Kidogo Arthouse
- London Court
- Kailis Fish Market Cafe (Dah macam trend kalau pegi Perth mesti kena singgah ke Kailis)
- Eshed Market (Tempat souvenir murah2)

Selamat bercuti ^^ Banyakkan survey lah cerita dia bagi diri kita ni penuh dengan informasi sebelum ke sana. Berhati-hati sesungguhnya malang itu tidak berbau. Ni aku cakap based on pengalaman sendiri. Yang selebihnya biar kami je lah yang tahu. Hehehe. Diingatkan juga untuk sediakan wang lebih, petty cash. Sebab apa? Bersiap sedia untuk segala kemungkinan dorang ada banyak kompaun well kita kat negara orang kan. Kena lah berhati-hati. Sungguhlah pengalaman tu sangat berharga, macam2 jadi macam mana pon kami survive Alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan. Duit sendiri plus keluarga banyak bagi support Alhamdulillah. 


The University of Western Australia


Bersama student di sana ^^
Kami dah nama pon pelajar universiti bila buat TRIP SENDIRI tetap jugak nak pergi tinjau environment universiti lain. Gain new knowledge for sure. 
Seperti pepatah lain padang lain belalang, lain negara lain adat resamnya.


Di KMart Carousel ada Carousel Meats, dekat sini boleh beli semua daging sejuk beku dijamin halal.



Meet the koala and kangaroo (albino kangaroo)
Koala ni kita tak boleh sentuh sesuka hati, pegang baik-baik je cuit-cuit nanti dia merajuk. Kat sini jugak kitaorang jumpa Wombat (kaki tidur) dan Quokka (haiwan yang selalu senyum tu). Cute je.


Blue Boat House, Swan River. Nice place.



Perth in Hand, video from us.

Till we meet again. Thank you so much for reading my post. Bye. Wassalam.



Thanks for reading :) Silalah LIKE and COMMENT